Rasmi - iQOO Z7 Berharga RM1299 Di Malaysia, Guna Snapdragon 782G Dan Sokong 120W

Telefon kelas pertengahan terbaru, iQOO Z7 5G hari ini secara rasmi diperkenal di Malaysia untuk RM1299. Sebuah lagi telefon dalam siri sama juga sama dilancarkan iaitu iQOO Z7x 5G pada harga RM999.

Dari segi rekaan, memang tiada beza antara kedua-duanya. Hanya spesifikasi membezakan dua beradik dua ini.

Setiap pembelian juga hadir dengan lanjutan waranti setahun bersama perlindungan keretakan skrin.

iQOO Z7 5G


iqoo z7 malaysia

Ia dijana cip Snapdragon 782G dengan padanan RAM 8GB atau 12GB bersama ROM 128GB atau 256GB. Ciri Extended RAM 3.0 iaitu penambahan RAM secara maya pula boleh digunakan sehingga 12GB.

harga iqoo z7 malaysia

 

FunTouch OS 13 menjadi kulit Android kedua-dua telefon ini.

Selain itu, ia dibekalkan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong 120W FlashCharge. Kata iQOO, 100% dapat dicapai dalam 26 minit saja.

harga iqoo z7 malaysia

Dari segi visual pula, Z7 5G tampil dengan skrin LCD bersaiz 6.64" dengan 120Hz bersama sokongan HDR10 beresolusi FHD+.

Kalau soal gaming pula, kadar input sentuhnya (touch sampling rate) pula setinggi 1200Hz.

Selain itu, turut dilengkapi X-Axis Linear Moto, Full-Sensory Game Control dan Ultra-Stable Gaming Network untuk menjamin kelancaran pengalaman bermain game dari segi visual dan rangkaian.

Tak sahlah sembang pasal spesifikasi untuk gaming tapi tak kongsi bab sistem penyejukan. Model Z7 5G hadir dengan Vapor Chamber Liquid Cooling System yang kebuknya seluas 3002 mm².

Kamera belakangnya menggunakan tetapan 64MP dengan OIS, dengan 2MP. Swafotonya pula menerusi lensa 16MP.

Kalau dari segi sambungan pula, ia mempunyai NFC, sokong 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan kawalan inframerah serta bicu audio 3.5mm.

Audionya pula dibantu pembesar suara stereo dengan pengiktirafan Hi-Res Audio dan Hi-Res Audio Wireless.

Dua warna dijual ialah Metallic Gray dan Tropical Blue.

  • iQOO Z7 5G, 8/128GB - RM1299 (Klik SINI untuk beli di Lazada)

  • iQOO Z7 5G, 12/256GB - RM1499 (Klik SINI untuk beli di Shopee)


Mulai hari ini sehingga 18 April 2023, anda boleh dapatkannya pada harga diskaun, menjadikannya RM1399 dan RM1249.

iQOO Z7x 5G


Beralih pada adiknya, iaitu peranti yang berspesifikasi lebih rendah, iQOO Z7x 5G.

Telefon ini dijana cip Snapdragon 695 5G dengan RAM sebesar 8GB ROM 128GB atau 256GB. Namun, storan 128GB hanya dijual melalui kedai iQOO di Shopee.

iqoo z7 malaysia

Dimuatkan di dalam ialah bateri berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Paparan LCD ditampilkannya bersaiz 6.64" dengan kadar segar 120Hz dengan resolusi FHD+.

iQOO Z7X 5G malaysia

Audionya juga seperti Z7 5G yang menyokong Hi-Res dan model ini mempunyai kemampuan meningkatkan kelantangan sehingga 150%.

Selain itu, kameranya terdiri lensa 50MP dan 2MP di belakang manakala swafoto pula 8MP.

iQOO Z7X 5G malaysia

Sistem penyejukannya pula daripada jenis cecair dan (Liquid Cooling System) dengan 5 lapisan.

Dua warna dijual ialah Metallic Gray dan Tropical Blue.

  • iQOO Z7x 5G, 8/128GB - RM999 (Klik SINI untuk beli di Shopee)

  • iQOO Z7x 5G, 8/256GB - RM1099 (Klik SINI untuk beli di Shopee)


Untuk waktu terhad, ia mempunyai diskaun untuk kedua-dua varian, menjadikannya RM939 dan RM999.

{suggest}

Menariknya, ada tawaran khas untuk pelajar sehingga 18 April ini iaitu dengan diskaun tambahan RM50 dengan hadiah percuma beg iQOO atau pemegang kunci Marshall.

Untuk makluman, telefon andalan (flagship) iaitu iQOO 11 sudah pun dijual di Malaysia mulai Disember lepas, menggunakan Snapdragon 8 Gen 2. Baca berita penuh di SINI.

Sumber: iQOO Malaysia