Xiaomi Mi 6 Bakal Hadir Dengan 3 Pilihan Model

Tahun lepas kita disajikan dengan Xiaomi Mi 5 iaitu sebuah peranti flagship dari Xiaomi yang berkuasa besar. Xiaomi pada tahun ini mungkin akan mengetengahkan sesuatu yang sedikit berlainan untuk menambat hati pengguna dengan lebih meluas.

gsmarena_001 (2) Kapsyen:  Gambar tertiris Xiaomi Mi 6


Menurut laman web dari China iaitu Weibo, Xiaomi Mi 6 akan tampil dengan 3 variasi dengan paras harga yang berlainan. Yang pertama sekali akan dimuatkan dengan Helio X30 dengan harga RM 1297, yang kedua akan dibina dengan cipset gergasi Snapdragon 835 iaitu pada harga(RM 1621.

Variasi ketiga pula akan memiliki cipset terbaru dari Qualcomm dan pada masa yang sama akan menampilkan rekaan lengkung di kedua belah sisi telefon. Variasi ketiga ini bakal dipasarkan dengan harga RM 1946.

Xiaomi Mi 6 bakal diperkenalkan secara umum di MWC Barcelona pada bulan hadapan. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: PhoneArena, GSM Arena, Gadget 360