Xiaomi Malaysia Beri Jaminan Harga Mi 10T Pro Tidak Akan Melebihi RM1,999

Malam semalam, Xiaomi telah melancarkan siri Mi 10T secara global. Terdapat 3 model yang diperkenalkan iaitu Mi 10T, Mi 10T Pro, dan Mi 10T Lite.

Kapsyen: Mi 10T, Mi 10T Pro, dan Mi 10T Lite


Untuk pasaran Malaysia pula, Xiaomi akan membawa masuk siri ini pada 6 Oktober nanti.

Hari ini, Xiaomi Malaysia mula mengacah gambaran harga yang akan dijual untuk model Mi 10T Pro.

Melalui akaun rasmi Facebook Xiaomi Malaysia, Mi 10T Pro akan dipasarkan pada harga RM1XXX, iaitu RM1999 dan ke bawah.

https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia/posts/1581511468719608

Jika benar, ia merupakan harga penawaran yang sangat berbaloi kerana ia hadir dengan spesifikasi tinggi.

Namun, boleh jadi juga itu merupakan harga promosi untuk masa terhad dan bukannya harga rasmi model tersebut.

Untuk Mi 10T biasa pula harganya sudah tentu akan menjadi lebih murah berdasarkan harga acah Mi 10T Pro yang diperlihatkan.

Mengenai spesifikasi Xiaomi Mi 10T Pro, ia hadir dengan panel LCD 144Hz, Snapdragon 865, 8GB RAM, storan dalaman 256GB, kamera utama 108MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

Jika anda berminat dengan pengenalan siri Xiaomi Mi 10T ini untuk pasaran tempatan, nantikan pelancarannya pada 6 Oktober ini.



Sumber: Facebook Xiaomi Malaysia

Berkaitan