Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Jadi Jenama Telefon Pintar Pilihan Rakyat Malaysia Bagi Tahun 2021

Xiaomi Jadi Jenama Telefon Pintar Pilihan Rakyat Malaysia Bagi Tahun 2021

Diterbitkan Februari 9, 2022 oleh Amsyar Latif

Berdasarkan data terbaharu daripada Canalys, Xiaomi merupakan jenama telefon pintar pilihan rakyat Malaysia kerana mereka menduduki tempat pertama dalam pengeluar telefon pintar di Malaysia bagi tahun 2021.

Ini bukanlah kali pertama, Xiaomi pada suku pertama tahun lalu juga dinobatkan sebagai jenama telefon pintar nombor satu di Malaysia. Secara keseluruhan, Xiaomi mempunyai pegangan pasaran sebanyak 25% dengan peningkatan tahunan 93%.

xiaomi canalys

Di tempat kedua pula, ia diduduki jenama dari Korea Selatan, iaitu Samsung dengan pegangan pasaran 22% dan peningkatan tahunan sebanyak 32%. Kemudian, diikuti pula jenama dari China seperti vivo, OPPO dan realme. Namun, ketiga-tiga jenama tersebut menerima penurunan tahunan bagi pengeluaran telefon pintar.

Jika melihat pegangan pasaran global, skripnya sedikit berbeza di mana Samsung merupakan jenama yang paling tinggi pengeluaran telefon. Apple dan Xiaomi pula masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Walau apa pun, adakah tahun ini Xiaomi masih dapat mengekalkan rentaknya terutama buat pasaran tempatan? Sama-sama kita lihat.

Sumber: Xiaomi

Baca juga:

  • iPhone Makin Laku Di China, Jenama Telefon China Lain Semua Tenggelam

  • Siri Xiaomi Redmi Note 11 Dilancarkan – 4 Variasi Model, Cip Lebih Berkuasa, Kamera Lebih Power

  • Taiwan Dapati Telefon Xiaomi Tapis Carian Pengguna Dan Hantar Data Ke Beijing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY