Xiaomi Dinobatkan Jenama Telefon Pintar Nombor Satu Di Malaysia Setakat Suku Pertama 2021

Xiaomi Malaysia hari ini meraikan kecemerlangan mereka yang telah dinobatkan sebagai telefon pintar nombor 1 di Malaysia.

Berdasarkan kepada laman analisis Canalys, Xiaomi berjaya menewaskan 4 jenama telefon pintar yang lain iaitu vivo, Samsung, OPPO dan realme.

Menurut Canalys lagi, peningkatan jualan tahunan telefon pintar Xiaomi mencapai lebih daripada 300%, sekaligus membolehkan Xiaomi memegang takhta telefon pintar di Malaysia.

Ia berbeza dengan pengeluar telefon pintar lain yang hanya mencapai peningkatan jualan tahunan antara 2% hingga 40% sahaja.

Peningkatan jualan telefon pintar Xiaomi tahun ini mungkin didorong oleh populariti siri telefon pintar Redmi Note 10 yang baru dilancarkan pada Mac lalu.



Ditawarkan pada harga mampu milik iaitu berharga dari RM799.00, siri Redmi Note 10 dilengkapi dengan spesifikasi menarik yang menandingi model telefon pintar jenama lain yang lebih mahal.

Kini Xiaomi telah berjaya menguasai pasaran telefon pintar Malaysia sebanyak 28%, jauh meninggalkan pesaingnya yang lain.

Tahniah kepada Xiaomi Malaysia.

Sumber: Xiaomi