Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi India Mula Menggantikan Papan Tanda Kepada “Made In India”

Xiaomi India Mula Menggantikan Papan Tanda Kepada “Made In India”

Diterbitkan Jun 29, 2020 ยท Dikemas kini Jun 29, 2020 oleh Amalina Athman

Berikutan insiden sentimen anti-China yang sedang hangat melanda India pada masa ini, pengeluar telefon pintar Xiaomi telah mula meletakkan papan tanda “Made In India” bagi menggantikan logo asal.

Syarikat itu turut dilaporkan meminta pekerjanya untuk tidak memakai uniform rasmi bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada kedai jualan atau ancaman ke atas pekerjanya.

xiaomi made in india

Tindakan ini diambil selepas All India Mobile Retailers Association (AIMRA) menulis surat kepada pengeluar telefon pintar dari China mengenai ancaman yang dihadapi kerana menjual produk negara tersebut. Dalam surat itu, AIMRA turut membuat permintaan untuk membenarkan penjual menampal atau menanggalkan papan tanda sehingga insiden sentimen anti-China selesai.

Pada masa ini, kedai jualan yang telah menukar papan tanda merangkumi sebahagian besar bandar termasuk Delhi-NCR, Mumbai, Chennai, Pune, Agra, dan Patna.

Selain Xiaomi, jenama seperti Oppo, vivo, realme, OnePlus, Lenovo-Motorola dan Huawei juga menerima permintaan yang sama. Perkara ini dilihat memberi kelebihan kepada Samsung sebagai satu-satunya pengeluar bukan China di negara itu.

Sumber: Economic Times

Beli produk Xiaomi dari:
Lazada (https://invol.co/clppr7)

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY