Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Civi Diperlihatkan Buat Pertama Kali

Posted on September 23, 2021September 23, 2021

Semalam, Xiaomi mengumumkan kehadiran siri terbaharu mereka, iaitu Xiaomi Civi yang bakal dilancarkan pada 27 September ini. Kini, ia diperlihatkan buat pertama kali.

Melihat padanya, rekaannya lebih segar berbanding barisan model yang dilancarkan pada tahun ini. Ia adalah termasuk modul kamera yang lebih ‘clean’, telefon lebih ringan serta nipis dan panel belakang yang sekilas pandang mirip peranti OPPO pun ada, vivo pun ada juga.

Pada bahagian depan, bezel lebih nipis dengan paparan melengkung serta lensa swafoto pada bahagian tengah, seperti siri Samsung Galaxy S21.

Walaupun begitu, tiada maklumat lain berkaitan peranti tersebut. Namun, mungkin ia hadir dengan kamera 64MP utama dengan padanan kamera ultra lebar dan telemakro serta dijangka dijana cip pemproses Snapdragon 778G.

Sumber: notebookcheck, ice universe

Baca juga:

  • Xiaomi Mi Mix 4 Rasmi Diperkenalkan, Telefon Pertama Xiaomi Dengan Kamera Bawah Paparan
  • Xiaomi 11 Lite 5G NE – Tidak Sekadar Naik Taraf Ala Kadar
  • Siri Xiaomi 11T Dan Xiaomi 11T Pro Dilancarkan Bersama Pengecas Hyper 120W

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress