Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-09-15 at 20.09.23

Siri Xiaomi 11T Dan Xiaomi 11T Pro Dilancarkan Bersama Pengecas Hyper 120W

Diterbitkan September 15, 2021 · Dikemas kini September 16, 2021 oleh ariff bukhari

Xiaomi sebentar tadi telah melancarkan model terbaru telefon pintar siri Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro.

Siri Xiaomi 11T ditawarkan dalam 3 pilihan warna menarik iaitu Meteorite Grey, Moolight White dan Celestial Blue.

Screenshot 2021-09-15 at 20.11.22

Dalam pembentangannya, Xiaomi memfokuskan teknologi Siri Xiaomi 11T yang mampu menghasilkan video bertaraf profesional hanya dengan satu klik sahaja.

Malah Xiaomi 11T Pro mampu merakam video pada resolusi 8K.

Screenshot 2021-09-15 at 20.33.04

Xiaomi juga memfokuskan ciri kualiti rakaman audio Siri Xiaomi 11T yang begitu jelas dan berkualiti tinggi. Memainkan audio pula menerusi pembesar audio dari Harman Kardon.

Bagi Xiaomi 11T Pro, ia menyokong audio Dolby Vision Atmos.

Selain itu, Siri Xiaomi 11T dilengkapi dengan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar serta telemakro terbaru.

Screenshot 2021-09-15 at 20.17.11

Kamera Siri Xiaomi 11T Pro mampu merakam foto HDR10+ sekaligus merakam foto pada tahap kualiti terbaik menerusi telefon pintar.

Kesemua kemampuan ini dicapai menerusi cip pemprosesan berkuasa Qualcomm Snapdragon 888 (Xiaomi 11T Pro) dan Mediatek Dimensity 1200-Ultra (Xiaomi 11T).

Screenshot 2021-09-15 at 20.22.31 Screenshot 2021-09-15 at 20.23.02

Paparan bagi Siri Xiaomi 11T pula menggunakan Corning Gorilla Glass Victus dengan kadar segar 120Hz.

Screenshot 2021-09-15 at 20.28.48

Bagi Xiaomi 11T Pro, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh serta menyokong pengecas hyper 120W.

Manakala Xiaomi 11T dilengkapi pengecas pantas 67W. Jangka hayat bateri siri Xiaomi 11T pula mampu dicas sehingga 800 ulang cas.

Xiaomi mendakwa dengan pengecas hyper 120W, Siri Xiaomi 11T Pro mampu dicas penuh hanya dalam masa 17 minit sahaja.

Malah pengecas hyper itu mampu mengecas peranti Xiaomi yang lain termasuklah komputer riba dan telefon pintar.

Screenshot 2021-09-15 at 20.37.14

Xiaomi 11T Pro ditawarkan dalam 3 varian iaitu 8GB+128GB (€649.00), 8GB+256GB (€699.00) dan 12GB+256GB (€749.00).

Manakala bagi Xiaomi 11T pula, ia ditawarkan dalam 2 varian iaitu 8GB+128GB (€499.00) dan 8GB+256GB (€549.00).

Xiaomi menjanjikan, siri Xiaomi 11T akan menyokong kemas kini 3 versi Android terbaru dan menerima kemas kini keselamatan untuk tempoh 4 tahun.

Screenshot 2021-09-15 at 20.43.19

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY