Xiaomi Beri Saingan Hebat Kepada Apple Dengan Model Premium Yang Terbaru





Sudah tidak asing lagi jika kita melihat nama "Xiaomi" dalam pasaran telefon pintar. Nama yang sudah melonjak naik dan mampu menyaingi syarikat gergasi yang lain seperti contoh Apple. Terbaru, Xiaomi Corp. memperkenalkan peranti yang mempunyai dwi kamera dan skrin tekanan sensitif yang berharga separuh dari harga jual model-model ternama keluaran iPhone.



Berukuran 5.7 inci, Xiaomi Mi5 S Plus akan diperkasa dengan pemproses terpantas dari Qualcomm dan diiringi dengan RAM 6GB. Skrin tekanan sensitif yang mampu mengesan pelbagai peringkat tekanan (seakan-akan Apple 3D Touch) dan kamera 13 megapiksel dilihat mampu bersaing dengan model keluaran Apple.



"Kami menyasarkan untuk mencabar keupayaan kamera dari Samsung dan Apple. Dengan Mi 5S Plus, saya yakin kami telah menewaskan kedua-dua syarikat itu." kata pengasas bersama merangkap ketua eksekutif Xiaomi, Lei Jun, di sebuah acara pelancaran di bandaraya Beijing.



Sumber: Bloomberg