Xiaomi Bakal Lancarkan Peranti Mi Mix 3 Dengan Sokongan 5G Pada Tahun Hadapan

Sejak sistem cip Snapdragon 855 dilancarkan secara rasmi beberapa hari lepas, para pengeluar dilihat berpusu-pusu mengumumkan peranti yang akan menggunakan sistem cip tersebut.

Terbaru, Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan model Mi Mix 3 versi 5G dengan Snapdragon 855 pada awal tahun hadapan.

Kapsyen: Xiaomi


Xiaomi juga telah membuat satu demonstrasi yang mempertontonkan pengalaman pelayaran internet dan penstriman video secara langsung menggunakan sambungan berkenaan baru-baru ini.

Modem X50 yang ada pada Snapdragon 855 ini dikatakan mampu menawarkan kelajuan muat turun sehingga 2Gbps.

Syarikat ini telah berusaha dalam membangunkan teknologi 5G bagi peranti mereka sejak 2016 lagi dan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi gergasi, China Mobile telah menjadi batu loncatan buat mereka.

 

Sumber: Xiaomi