Xiaomi Dilaporkan Akan Menjual Mi Box Seawal Tahun Hadapan.





Xiaomi akan melancarkan Mi Box mereka di pasaran Amerika Syarikat sebelum hujung tahun ini atau seawal Oktober ini mengikut laporan dari TechCrunch. Pada bulan May yang lalu Xiaomi telah mempamerkan edisi terbaru Mi Box, yang mempunyai definisi 4K yang menggunakan Android TV.















Mi Box ini didatangkan bersama prosessor ARM quad-core, 8GB storan dan juga binaan dalaman dengan sokongan Google Cast. Ianya mampu memainkan paparan 4K pada 60fps. Anda juga boleh menggunakan alat kawalan. Terdapat beberapa laporan mengatakan ianya akan dijual dengan harga RM 400-RM 600 dan ianya mampu menjadi saingan sengit kepada Roku 4 dan Apple TV