Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Sedang Rancak Menguji Pengecasan Pantas 100W

Xiaomi Ada Teknologi Bateri Baharu, Boleh Tahan Lagi Lama

Diterbitkan Disember 13, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun ini, banyak jenama yang menawarkan pengecasan pantas buat telefon pintar. Xiaomi merupakan salah satu jenama yang sudah mencapai kelajuan mengecas sehingga 120W menerusi Xiaomi 11T Pro.

Namun, perkara yang kurang diambil perhatian adalah bateri. Umum mengetahui sifat bateri mempunyai jangka hayat. Semakin hari digunakan, kapasitinya akan tetap berkurang.

Disebabkan itu, Xiaomi kini mempunyai satu teknologi baharu dalam mempertingkatkan jangka hayat bateri.

Teknologi High-Silicon Battery baharu ini menampilkan tiga kali ganda kandungan silikon pada elektrod negatif di bateri lithium-ion.

Xiaomi Ada Teknologi Bateri Baharu, Boleh Tahan Lagi Lama
Kiri: Bateri lama, Kanan: Bateri baharu

Secara tidak langsung, ia dapat memberikan 10% kapasiti lebih banyak walaupun saiz baterinya masih sama.

Mungkin peningkatan 10% tidak banyak tetapi sebenarnya ia masih lagi memberikan kesan terhadap penggunaan bateri telefon pintar.

Selain itu, ruang bateri dalam telefon pintar pun tidak diambil terlalu banyak kerana saiz bateri masih sama walaupun kapasitinya dipertingkatkan.

Tambahan lagi, Xiaomi mendakwa teknologi bateri baharu mereka ini dapat meningkatkan jangka hayat bateri sebanyak 100 minit.

Dikatakan teknologi bateri tersebut bakal dimuatkan ke dalam telefon pintar mereka seawal pertengahan kedua tahun 2022.

Sumber: XDA

Baca juga:

  • Mungkin Benar, Ini Rekaan Bagi Xiaomi 12 Pro

  • Xiaomi Sedang Rancak Menguji Pengecasan Pantas 100W

  • Ini Model Telefon Yang Pasti Guna Snapdragon 8 Gen 1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY