Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TIDAL Umum Pelan Baharu, Lebih Murah Boleh Akses Semua Ciri Premium

TIDAL Umum Pelan Baharu, Lebih Murah Boleh Akses Semua Ciri Premium

Diterbitkan Mac 7, 2024 · Dikemas kini Mac 7, 2024 oleh ariff bukhari

Servis penstriman muzik TIDAL mengumumkan, mulai 10 April 2024, pelanggan mereka akan dapat mengakses semua ciri penstriman yang ditawarkan, termasuklah semua format audio premium menerusi satu pelan langganan baru yang dipanggil TIDAL.

Menjelaskan perubahan itu, pelanggan HiFi Plus dan HiFi akan dialihkan kepada langganan  TIDAL baharu bagi pelan Individu.

Sementara pelan HiFi Plus dan HiFi Family akan digabungkan menjadi langganan baharu yang dipanggil  TIDAL Family.

Bermakna, tiada lagi pelan HiFi dan HiFi Plus nanti, yang ada hanyalah pelan TIDAL dan TIDAL Family.

Ini bermakna, bermula 10 April 2024, pelanggan TIDAL akan dapat mengakses semua ciri premium TIDAL pada harga RM16.90/bulan yang sebelum ini hanya ditawarkan untuk pelanggan HiFi Plus yang berharga RM29.80/bulan.

Harga langganan TIDAL
Harga langganan TIDAL bagi pelan HiFi dan HiFi Plus di AS masing-masing bermula USD10.99/bulan dan USD16.99/bulan.

“Pelanggan HiFi Plus dan HiFi akan dialihkan kepada pelan Individu TIDAL baharu, memastikan akses berterusan kepada lebih 110 juta lagu tanpa hilang kualiti, termasuk HiRes FLAC dan Dolby Atmos, pada harga disatukan.”

TIDAL Umum Pelan Baharu, Lebih Murah Boleh Akses Semua Ciri Premium

TIDAL juga memaklumkan, ciri tambahan untuk mengakses katalog TIDAL pada perkakasan dan perisian DJ pula akan tersedia dengan kos bulanan tambahan.

Walau bagaimanapun, pelanggan HiFi Plus pada pelan Individu sedia ada yang secara aktif menggunakan integrasi DJ TIDAL akan mendapat akses secara automatik kepada tambahan DJ pada harga jumlah harga yang sama.

Berkaitan

  • Cepat Rebut Prabayar CelcomDigi RM54 Sah Untuk Tempoh Setahun
  • Unifi Perkenal Pelan Prabayar UNI5G WOW Baharu, Data 'Tanpa Had' Serendah RM35
  • U Mobile Dan Unifi Dinobat Catat Peningkatan Terbaik Pengalaman Muat Naik/Turun Tahun Ke Tahun

Sumber: TIDAL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY