Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Forerunner 165 Series

Forerunner 165, Jam Pintar Garmin Mampu Milik Berharga RM1,290

Diterbitkan Mac 6, 2024 oleh ariff bukhari

Garmin Malaysia mengumumkan siri jam tangan pintar GPS untuk pasaran tempatan, Forerunner 165 dengan skrin AMOLED.

Forerunner 165 adalah siri jam tangan pintar GPS kategori mampu milik terbaru dari Garmin.

Tersedia dalam dua model, Forerunner 165 dan Forerunner 165 Music, tambahan terbaru pada barisan jam tangan pintar Garmin ini mempunyai paparan berwarna, skrin sentuh responsif dan reka bentuk 5 butang tradisional.

Dengan akses pantas dan mudah kepada ciri kesihatan harian, metrik latihan lanjutan, cerapan pemulihan, pemberitahuan pintar dan banyak lagi, pemakai boleh menjejaki kemajuan mereka tanpa mengorbankan hayat bateri.

Kedua-dua model jam ini mampu bertahan sehingga 11 hari hayat bateri dalam mod jam tangan pintar dan sehingga 19 jam dalam mod GPS.

Forerunner 165, Jam Pintar Garmin Mampu Milik Berharga RM1,290
Siri Forerunner 165 dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 1.2 inci.

Forerunner 165 sudah berada di pasaran yang dijual pada harga RM1,290, manakala model Forerunner 165 Music berharga RM1,550.

Untuk info lanjut tentang spesifikasi dan ciri jam ini, layari laman rasmi Garmin Malaysia.

Beli pelbagai model jam pintar Garmin dari stor rasmi di:

Shopee: https://invl.io/clktt0s

Lazada: https://invol.co/clktt0q

Berkaitan

  • (Ulasan) Amazfit Cheetah (Round) - Antara Jam Sukan Permulaan Terbaik Dan Mampu Milik
  • (Ulasan) Huawei Watch GT 4 - Ada Gaya, Ciri Pun Kaya
  • Beli Siri realme 12 5G Dan Dapat Hadiah Percuma Bernilai RM799

Sumber: Garmin

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY