Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 12x

Xiaomi 12X Dilancar Secara Global, Malangnya Tidak Dibawa Masuk Ke Malaysia

Diterbitkan Mac 15, 2022 oleh Faiz Munir

Selain melancarkan Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro, Xiaomi juga telah melancarkan Xiaomi 12X. Untuk spesifikasi yang ditawarkan, ia serupa dengan Xiaomi 12. Cumanya berbeza pada cipset yang digunakan iaitu Snapdragon 870.

Screenshot 2022-03-15 204357

Untuk spesifikasi ringkas Xiaomi 12x yang lain, menggunakan skrin sebesar 6.28 inci jenis AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz AdpativeSync dengan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem 3 kamera iaitu 50MP lensa utama, 13MP lensa ultra lebar dan 5MP lensa telemakro yang juga dilengkapi dengan teknologi ProFocus untuk merakam dan mengambil gambar subjek dengan lebih jelas.

Pada bahagian bateri, ia dimuatkan dengan bateri sebesar 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W yang mampu mengacas penuh dalam masa 39 minit.

Juga didatangkan dengan 3 warna iaitu Grey, Blue dan Purple yang dijual dengan harga $649 (~RM2730). Malangnya, peranti ini tidak dilancarkan sekali di Malaysia.

Sumber: Xiaomi

Baca juga:

  • Akhirnya, Xiaomi 12 Dilancarkan Di Malaysia Dijual Dengan Harga RM2,899
  • 5 Telefon Gaming Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Buat Masa Ini
  • 3 Model Yang Mungkin Akan Diumumkan Samsung Pada Acara 17 Mac Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY