Xiaomi 12 Ultra Mungkin Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 8 Gen 1 Plus

Xiaomi sedang dalam persiapan untuk melancarkan peranti paling berkuasa mereka, Xiaomi 12 Ultra. Xiaomi mula memperkenalkan model pertama dalam siri Xiaomi 12 pada Disember lepas dan sekarang kita sudah mempunyai Xiaomi 12, 12X dan 12 Pro.

Berdasarkan blogger terkenal Weibo, Digital Chat Station menyatakan peranti berkuasa Xiaomi yang akan datang bakal menyokong pengecasan pantas 150W yang menggunakan platform baharu daripada Qualcomm.

Mengikut tentatif pelancaran peranti Xiaomi, Xiaomi MIX 5 dan MIX Fold 2 masih belum dilancarkan mahu pun diumum oleh Xiaomi. Oleh sebab itu, mana-mana peranti tersebut mungkin akan menyokong ciri pengecasan pantas tersebut.

Untuk cip yang mungkin diguna, Xiaomi 12 Ultra merupakan peranti terawal yang bakal menggunakan cip baharu daripada Qualcomm, Snapdragon 8 Gen 1 Plus. Oleh itu, peranti ini mungkin akan membuatkan kemunculan pada bulan Jun ini nanti.

Oleh itu, Xiaomi 12 Ultra mungkin tidak menyokong ciri pengecasan pantas 150W tersebut sekiranya ia akan dilancarkan pada bulan tersebut. Jadi Xiaomi 12 Ultra dijangka akan menyokong pengecasan 120w di mana ia masih boleh dikatakan sebagai yang terpantas di pasaran.



Untuk spesifikasi kamera, Xiaomi 12 Ultra dikhabarkan menggunakan sensor baharu IMX800 daripada Sony. Selain itu, laporan mengatakan bahawa Xiaomi 12 Ultra akan bekerjasama dengan Leica. Jika perkara ini benar, Xiaomi 12 Ultra akan menjadi peranti berkuasa pertama Xiaomi yang menggunakan Leica.

Sumber: Gizchina

Baca juga: