Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 12

Xiaomi 12 Pro Menjinakkan Suhu Snapdragon 8 Gen 1 Semasa ‘Gaming’

Diterbitkan Disember 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari sahaja lagi sebelum Xiaomi melancarkan siri Xiaomi 12 kepada umum. Selain paparannya yang telah menerima penarafan A+ daripada DisplayMate, tumpuan lain semestinya cip janaan Snapdragon 8 Gen 1.

Jika Snapdragon 888 terdahulu, ramai yang meluahkan rasa kecewa disebabkan peranti dikuasakan cip ini mempunyai masalah suhu panas. Tidak banyak peranti yang mampu mengawal suhunya dan ROG Phone 5 antara peranti yang sedikit berjaya memberikan suhu optimum semasa bermain.

Melalui Snapdragon 8 Gen 1, ia seperti memberikan khabar gembira dalam menangani masalah tersebut. Hal ini kerana Xiaomi berkongsikan poster yang memaparkan Xiaomi 12 Pro dapat ‘menjinakkan’ suhu cip pemprosesan terbaru Qualcomm.

xiaomi 12 pro suhu

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik, permainan HONOR of Kings yang dimainkan di Xiaomi 12 Pro memberikan suhu maksimum 43.5°c dalam tempoh 30 minit bermain dengan berkadar semula 120Hz. Mereka mendakwa suhu ini amat seimbang.

Tambah Xiaomi lagi, mereka menggunakan teknologi Dynamic Performance Scheduling dimana ia mampu mengawal suhu serta penggunaan tenaga yang cekap.

Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk kita bersorak gembira. Mungkin Xiaomi 12 Pro masih belum cukup ‘dilenjan’ sehabisnya lagi. Oleh itu, kita perlu menunggu sehingga barisan peranti ini dirasmikan kelak.

Sumber: Weibo

Baca juga:

  • Xiaomi Ada Teknologi Bateri Baharu, Boleh Tahan Lagi Lama

  • Ini 15 Peranti Yang Terawal Akan Menerima Kemas Kini MIUI 13 Global

  • Tertiris Rekaan Xiaomi 12 dan 12 Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY