Xiaomi akan melancarkan peranti andalan mereka minggu hadapan dan kini telah tertiris gambar rekaan pada peranti Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro. Sebelum ini, kami telah menulis berkenaan MIUI 13 yang akan mungkin akan dilancarkan bersama dengan peranti ini.
— Ev (@evleaks) December 23, 2021
Menurut gambar yang ditiriskan, peranti ini akan menggunakan skrin bersaiz 6.28 inci dan dijangka dihadirkan dengan skrin jenis AMOLED, resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz.
Xiaomi 12 ini juga akan menggunakan sistem 3 kamera dengan 50MP kamera utama, dan 2 lagi lensa serta lampu LED.
Disebabkan peranti ini adalah peranti andalan, ia akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1, dan akan menggunakan MIUI 13 berasaskan Android 12 dari dalam kotak.
Dijangkan juga Xiaomi 12 ini akan dimuatkan dengan bateri sebesar 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W untuk model Xiaomi 12. Manakala bagi model Pro pula akan menyokong pengecasan pantas sehingga 120W.
Untuk maklumat lanjut mengenai model ini, kita tunggu sahaja pada hari pelancarannya nanti pada 28 Disember 2021.
Sumber: @evleaks
Baca juga: