Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 12

Belum Pun Dilancarkan Tapi Xiaomi 12 Dah Cipta Rekod Baharu Untuk Skrin

Diterbitkan Disember 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Pelik tetapi benar, itulah yang berlaku pada Xiaomi kerana mereka kini berkongsikan bahawa peranti yang bakal dilancarkan 28 Disember depan telah menerima penarafan A+ daripada DisplayMate bagi skrin telefon tersebut.

Tidak terhenti di situ, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi Lei Jun turut meluahkan rasa gembira kerana paparan Xiaomi 12 telah mencipta 15 rekod baharu. Sayang sekali tiada maklumat berkaitan rekod apa yang dicipta.

xiaomi 12 displaymate

Selain itu, beliau juga mengatakan Xiaomi 12 bakal dilengkapi panel AMOLED yang berkualiti baik, kecerahan yang tinggi dan dilindungi dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus.

Walau apa pun, buat masa sekarang kita hanya perlu menunggu sahaja peranti ini dilancarkan nanti. Pasti ramai yang ingin mengetahui sejauh mana kehebatan paparannya. Tidak dilupakan juga, prestasi Snapdragon 8 Gen 1 yang menguasakan peranti ini.

Sumber: xiaomi

Baca juga:

  • Ini 15 Peranti Yang Terawal Akan Menerima Kemas Kini MIUI 13 Global

  • Xiaomi Ada Teknologi Bateri Baharu, Boleh Tahan Lagi Lama

  • Xiaomi Sedang Rancak Menguji Pengecasan Pantas 100W

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY