Xbox PC Game Pass Akhirnya Tiba Di Malaysia, Berbaloi Untuk 'Gamer' Tegar

Kepada gamers diluar sana, Xbox Microsoft telah mengumumkan pelancaran Xbox PC Game Pass untuk kawasan Asia Tenggara bermula 29 Mac 2022. Selain negara kita, PC Game Pass ini juga tersedia untuk negara Filipina, Indonesia, Thailand dan Vietnam.



PC Game Pass ini memberi anda akses kepada lebih 100 game berkualiti tinggi daripada Xbox sendiri termasuk EA Play dan Bethesda. Permainan video seperti Forza Horizon 5, Flight Simulator, Grounded dan banyak lagi boleh dimainkan oleh anda melalui PC Game Pass ini.

Kapsyen: Kredit: Xbox SEA


Tambahan lagi, PC Game Pass ini boleh dilanggan pada tanda harga RM15 sahaja setiap bulan. Anda boleh mengakses PC Game Pass melalui aplikasi Xbox Insider Hub dan ia boleh dimuat turun daripada Microsoft Store di Windows 10 mahupun Windows 11 sekiranya anda tiada aplikasi itu.

Kapsyen: Kredit: Xbox


Walau bagaimanapun, pihak Microsoft akan mengumumkan harga rasmi sebenar PC Game Pass dalam masa tahun 2022 ini.

Sekiranya anda mempunyai akses kepada PC Game Pass ini dan merupakan gamer tegar, saya sangat menggalakkan anda untuk melanggannya. Bayangkan dengan harga semurah itu, anda dapat bermain pelbagai permainan video daripada Xbox di mana harga pasaran setiap game yang ditawarkan mencecah ratusan ringgit Malaysia.

Ia sangat berbaloi kerana memberikan nisbah harga-kepada-nilai yang rendah untuk setiap wang yang anda bayar.

Di samping itu, saya ingin mengingatkan kepada anda bahawa pengumuman ini bukan untuk Xbox Game Pass pada konsol Xbox itu sendiri. Hal ini kerana Microsoft itu sendiri masih belum membawa konsol Xbox secara rasmi ke dalam pasaran Malaysia.

Saya berharap PC Game Pass ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti gamers Malaysia dan secara tidak langsung menjadi langkah pertama untuk Microsoft menawarkan konsolnya buat pasaran tempatan.

Sumber: Xbox SEA, Microsoft

Baca juga: