Xbox One Selepas Ini Bakal Hadir Dengan Sokongan Papan Kekunci Dan Tetikus

Rancangan Microsoft mahu menghadirkan sokongan papan kekunci dan tetikus pada konsol Xbox One sudah diketahui umum sejak 2016 lagi.

Terbaru, Phil Spencer yang juga naib presiden eksekutif Gaming bagi Microsoft telah mengumumkan perkara itu pada Xbox Livestream.

Menurut beliau, ciri sokongan papan kekunci dan tetikus untuk konsol berkenaan masih dalam peringkat ujian yang melibatkan beberapa pengguna terpilih.

Untuk menjayakannya, Microsoft telah menjalinkan kerjasama bersama Razer bagi meningkatkan lagi kepelbagaian fungsi sokongan.

Walaubagaimanapun, kemaskini yang akan diberikan oleh Microsoft hanyalah pada bahagian sistem sahaja dan untuk membolehkan pengguna menikmatinya, pembangun permainan perlulah melakukan perkara yang sama, iaitu memberikan sokongan papan kekunci dan tikus dalam permainan itu sendiri.

Microsoft bagaimanapun tidak memberikan maklumat terperinci mengenai sokongan ini dan Razer menerusi akaun twitter pula member bayangan pendedahan penuh bakal dibuat November depan.



Dengan adanya sokongan ini, ia bakal memberikan lebih pilihan kepada pemain kerana tidak semua permainan seronok dimainkan menggunakan controller, lebih-lebih lagi permainan bergenre FPS.

Sumber: Extreme Tech