Wira Baru Dari Malaysia Bakal Hadir Ke Permainan Mobile Legends : Bang Bang

Berita baik bagi penggemar permainan video mudah alih, Mobile Legends : Bang Bang apabila satu wira baru akan diperkenalkan dalam kemaskini baru nanti. Menariknya, wira tersebut adalah berasal dari Malaysia.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh pembangun mereka, Moonton melalui laman Facebook rasmi permainan itu semalam. Namun, nama bagi karakter wira berkenaan masih lagi belum diumumkan.



Ramai pemain daripada Malaysia yang meramalkan wira tersebut akan dinamakan sebagai Badang, menurut ruangan komen pada kiriman berkenaan. Sebelum ini, nama Hang Tuah juga sering dikaitkan sebagai salah satu karakter dalam permainan popular ini.

Sama ada betul atau tidak, kita nantikan jawapannya apabila kemaskini baru itu dikeluarkan kelak. Kami menjangkakan bahawa ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

 

Sumber