Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Favorite

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah ‘Kegemaran’, Ini Caranya

Diterbitkan Julai 17, 2024 · Dikemas kini Julai 17, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini melancarkan ciri ‘Favorites’ atau Kegemaran bagi memudahkan pengguna mencari kenalan dan kumpulan dengan cepat di bahagian tab panggilan dan sebagai penapis untuk sembang.

Cara tambah ‘Kegemaran’

Terdapat tiga cara untuk menambah ‘Kegemaran’ pada sembang atau tab panggilan. Untuk menambahnya, ikut salah satu daripada langkah di bawah:

1. Buka tab “Sembang” atau “Chat”, leret ke bawah sedikit dan pengguna akan melihat penapis “Kegemaran”. Kemudian klik pada “Tambah dalam Kegemaran” dan pilih kenalan atau kumpulan.

WhatsApp Favorites 1
Android
WhatsApp Favorites 2
iOS

 

2. Daripada tab “Panggilan”, klik “Tambah dalam Kegemaran” dan pilih kenalan atau kumpulan. Seterusnya, tekan ikon “Tanda Semak”.

WhatsApp Favorites 3

3. Pengguna juga boleh mengurus “Kegemaran” melalui tetapan aplikasi dengan pergi ke “Tetapan > Kegemaran > Tambah Kegemaran, dan penyusunan semula boleh dibuat pada bila-bila masa.

Perlu diketahui, ciri ini dilancarkan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua orang dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Akhirnya, Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri Paling Ditunggu-Tunggu
  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • WhatsApp Kini Bolehkan Tetapan Kualiti Media Dalam HD Secara 'Default'
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: WhatsApp Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY