Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp suspend

WhatsApp Digesa Untuk Jelaskan Bagaimana Data Pengguna Digunakan

Diterbitkan Januari 28, 2022 oleh Amsyar Latif

WhatsApp kini digesa oleh Pesuruhjaya Keadilan Eropah (EU) untuk menjelaskan perubahan polisi privasi yang dilakukan mereka susulan aduan yang dibuat kumpulan pengguna.

Sebelum ini, WhatsApp memaksa pengguna untuk menerima polisi baharu mereka yang mana membenarkan data dikongsikan dengan Facebook dan firma lain.

Pesuruhjaya Keadilan EU Didier Reynders dalam kenyataan memberitahu bahawa WhatsApp perlu menjelaskan dengan mudah kepada pengguna agar mereka mengetahui bagaimana data peribadi mereka digunakan. Sebagai contoh, kemana data itu disalurkan.

Melaluinya, WhatsApp diberi tempoh sehingga penghujung Februari 2022 untuk berbuat demikian.

Terdahulu, WhatsApp menyatakan polisi privasi terbaru itu membuatkan data peribadi pengguna boleh dikongksikan dengan syarikat Meta.

Oleh yang demikian, jurucakap WhatsApp pantas menjawab masalah yang dikemukakan Pesuruhjaya tersebut. Mereka akan menjelaskannya nanti bagaimana WhatsApp tetap melindungi privasi pengguna dan pada masa yang sama tidak melanggar undang-undang perlindungan pengguna Eropah.

Sumber: CNA

Baca juga:

  • Dakwaan WhatsApp Sebagai Platfom Yang Sangat Privasi Tidaklah Seperti Apa Yang Disangkakan

  • Anda Patut Aktifkan Ciri Keselamatan WhatsApp Ini Untuk Lebih Privasi

  • Mark Zuckerberg Umumkan Penambahbaikan Bagi Ciri Privasi Dan Sekuriti WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY