WhatsApp ada menawarkan pilihan tetapan yang boleh meningkatkan lagi privasi pengguna aplikasi tersebut.
Salah satunya adalah penawaran ciri yang dikenali sebagai pengesahan 2 faktor (2FA).
Berbeza dengan ciri keselamatan yang menggunakan kata laluan, ciri 2FA akan memberikan satu lagi lapisan keselamatan sebagai pengesahan sebelum pengguna dibenarkan akses log masuk ke akaun mereka.
Jadi adalah disyorkan supaya anda mengaktifkan ciri ini pada akaun WhatsApp anda.
Jadi di sini dikongsikan cara mengaktifkan ciri 2FA untuk akaun WhatsApp anda:-
1. Buka tetapan WhatsApp.
2. 2. Tap pada Akaun > Pengesahan dua langkah > DAYAKAN (ENABLE) untuk mengaktifkannya.
3. Seterusnya, masukkan 6 digit nombor PIN dan sahkannya. Anda juga disyorkan untuk terus sahaja memasukkan alamat e-mel untuk ciri Pengesahan dua langkah WhatsApp.
Ini kerana ia akan dapat membantu anda menetapkan semula nombor PIN itu sekiranya anda terlupa nombor PIN yang anda tetapkan itu.
4. Selepas selesai semua langkah tersebut, anda telah berjaya mengaktifkan ciri pengesahan 2 faktor, sekaligus meningkatkan lagi ciri keselamatan aplikasi WhatsApp dalam telefon pintar anda.
Begitulah cara mengaktifkan ciri pengesahan 2 faktor bagi akaun WhatsApp anda.
Jadi dengan mengaktifkan ciri ini, anda telah meningkatkan lagi keselamatan dan privasi pada aplikasi WhatsApp d telefon pintar anda.
Semoga bermanfaat.