Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook air m2

MacBook Air Diberi Nafas Baharu Yang Ditunggu-Tunggu

Diterbitkan Jun 7, 2022 ยท Dikemas kini Jun 7, 2022 oleh Amsyar Latif

Dua tahun lalu, MacBook Air yang dikuasakan cip M1 mula mendapat perhatian ramai kerana prestasi cip pemprosesan tersebut. Lebih daripada setahun, khabar angin terhadap MacBook Air bakal diberi nafas baharu sudah kedengaran.

Kini, segalanya sudah terjawab. Apple akhirnya mengumumkan MacBook Air serba baharu. Ia merupakan komputer riba Apple pertama yang dikemudi cip terbaharu Apple M2.

Seperti yang dijangka, MacBook Air 2022 tampil dengan tubuh yang jauh lebih nipis dan ringan. Namun, prestasinya dipertingkatkan memandangkan ia dijana cip M2.

photo_2022-06-07 02.09.02

Selain itu, skrin yang berukuran 13.6 inci padanya sudah menawarkan paparan lebih luas kerana hadirnya takuk. Mirip abang-abangnya yang lain. Pun begitu, ia masih menggunakan paparan retina dan tiada sokongan kadar segar semula 120Hz.

Walau bagaimanapun, tumpuan lain terhadap MacBook Air adalah kembalinya pengecasan MagSafe ke pangkuan MacBook tetapi lubang thunderbolt pada sisi kiri masih lagi dikekalkan.

photo_2022-06-07 02.09.03

photo_2022-06-07 02.09.04
photo_2022-06-07 02.09.05

Kamera webnya turut dinaiktaraf kepada resolusi 1080p sementara pembesar suaranya sudah diubah posisinya. Malah, 4 pembesar suara tersebut juga menyokong Spatial Audio.

photo_2022-06-07 02.13.12

Selain itu, terdapat dua piihan warna baharu – midnight dan starlight. Harga jualannya adalah bermula RM5499.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY