Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
waze retro

Waze Perkenalkan ‘Retro Mode’, Sesuai Untuk Balik Kampung Nanti

Diterbitkan April 14, 2022 · Dikemas kini April 14, 2022 oleh Nadiah Ab

Mengembalikan nostalgia era 70-an hingga ke 90-an, Waze merasmikan ciri baru yang dipanggil “Retro Mode” untuk menemani pengguna semasa memandu.

Ciri Retro Mode

Aplikasi navigasi sememangnya sudah menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Terdapat banyak aplikasi navigasi yang ditawarkan dalam pasaran namun ‘Waze’ tak dapat dinafikan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Melalui ‘Retro Mode’, pengguna boleh mendengar arahan navigasi daripada tiga pilihan suara; DJ 70’an, Jurulatih Aerobik 80-an, atau Bintang Pop 90-an.

Seperti biasa, ciri ini juga membolehkan pengguna untuk menukar jenis kenderaan yang bertemakan retro mengikut tahun 70-an, 80-an, atau 90-an.

Cara aktifkan ‘Retro Mode’ dalam Waze

Langkah 1: Buka aplikasi Waze.

Langkah 2: Pergi ke ‘My Waze’ di bahagian bawah skrin.

waze retro

Langkah 3: Pilih ‘Drive with the 80’s’.

waze retro mode

Langkah 4: Dari sini, tetapkan pilihan dan pilih antara mood, kenderaan, dan arahan suara yang ingin diaktifkan.

waze retro mode
waze retro mode
waze retro mode
waze retro mode

Anda selesai mengaktifkan “Retro Mode”.

Selamat mencuba dan hati-hati memandu!

Sumber: Waze Blog

Baca juga:

  • Android Cuba Menarik Pengguna iPhone Melalui Aplikasi Ini
  • Google Akan Sembunyikan Aplikasi Yang Dah ‘Lapuk’ Di Play Store
  • Google Play Protect Kini Akan Buang ‘Permission’ Pada Aplikasi Yang Tidak Digunakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY