Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios android

Android Cuba Menarik Pengguna iPhone Melalui Aplikasi Ini

Diterbitkan April 14, 2022 ยท Dikemas kini April 14, 2022 oleh Nadiah Ab

Semalam, dengan tiada apa-apa pengumuman rasmi, Google melancarkan satu aplikasi yang memudahkan pengguna iOS untuk mengalihkan data daripada iOS ke Android.

Umum tahu untuk beralih daripada satu OS ke OS yang lain ialah satu usaha yang merumitkan terutamanya apabila hendak memindahkan data pengguna, membiasakan diri dengan OS baharu dan juga ketersediaan aplikasi.

Oleh itu, Google membangunkan satu jalan penyelesaian melalui aplikasi yang dinamakan “Switch to Android” yang sudah pun tersedia di App Store secara percuma.

Untuk menggunakannya, aplikasi ini memerlukan akaun Google dan sambungan internet aktif memandangkan pemindahan data ialah melalui Google Drive.

Tambahan lagi, aplikasi “Switch to Android” juga membenarkan pengguna memindahkan foto dari iCloud ke Google Photo.

Walau bagaimanapun, aplikasi ini masih tidak tersenarai dalam App Store, bermakna anda masih belum boleh menjumpainya semasa membuat carian di App Store.

Akan tetapi, anda boleh muat turun aplikasi ini di pautan ini.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana hendak memindahkan data daripada iOS ke Android melalui aplikasi ini, anda dijemput rujuk video di bawah oleh 9to5Google.

Sumber: 9to5Google

Baca juga:

  • Ini Cara Untuk Tambah Kalendar Hijrah Pada Peranti iOS Anda
  • Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android
  • Cara Menonton Kandungan Google Drive Pada “Android TV”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY