Waze Dan Spotify Bergabung Jadikan Navigasi Lebih Menghiburkan

Mengapa perlu membuka dua aplikasi berbeza jika mahu mencari jalan dan mendengar muzik?

Integrasi antara Spotify dan Waze kini membawakan pengalaman baru kepada pengguna.

Dengan hanya membuka satu aplikasi sahaja, pengguna boleh menggunakan servis navigasi disamping mendengar lagu kegemaran mereka.

Jadi pengguna tidak perlu lagi keluar masuk aplikasi kerana dengan integrasi dua aplikasi ini, akses kepada senarai lagu Spotify boleh dibuat melalui aplikasi Waze.

Tetapi perlu diingat ciri ini hanya boleh diakses ketika kereta sedang berhenti sahaja. Utamakan keselamatan anda!

Bagi pengguna yang sedang menggunakan Spotify, anda akan mendapat arahan navigasi secara ringkas daripada Waze.

waze1_connect

Jika anda sedang menggunakan aplikasi Waze pula, antaramuka ringkas Spotify boleh diakses dengan cara menarik kebawah. Anda boleh memilih lagu dengan mudah tanpa kehilangan arah perjalanan.

spotify-animation-for-pr-1

Menurut Waze, buat masa ini hanya Spotify sahaja yang terlibat dengan integrasi antara aplikasi ini.

Kemaskini akan dikeluarkan kepada pengguna Android secara global, tetapi tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan untuk platform iOS.

Mungkin pengguna Apple akan menerima kemaskini lewat sedikit, ataupun mungkin tidak menerimanya langsung.

Untuk membolehkan pengguna mengakses integrasi ini, pengguna perlu memuat turun kedua-dua aplikasi dan pergi ke tetapan dan memilih mahu menghidupkan aplikasi yang mana satu.

Sumber: Tech Crunch