Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beberapa Pengguna IPhone 7 Melaporkan Mendengar Bunyi Desiran Keluar Dari Peranti Itu

Beberapa Pengguna IPhone 7 Melaporkan Mendengar Bunyi Desiran Keluar Dari Peranti Itu

Diterbitkan September 21, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Beberapa Pengguna IPhone 7 Melaporkan Mendengar Bunyi Desiran Keluar Dari Peranti Itu

Terkini, beberapa pengguna peranti keluaran terbaru dari Apple melaporkan mendengar bunyi desiran ketika menggunakan telefon pintar itu. Laporan itu di dapati menerusi beberapa akaun Twitter.

Stephen Hackett, penulis blog 512 Pixels merupakan antara yang terawal melaporkan perkara itu. Bunyi bising itu keluar dari bahagian belakang telefon berhampiran dengan logo Apple. Perkara itu disedari Hackett ketika dia sedang dalam proses memulihkan iCloud.

” Semasa sedang digunakan, saya menyedari bunyi yang agak nyaring keluar dari peranti itu. Ia diletakkan di atas meja dan bunyi itu cukup kuat untuk didengari tanpa perlu meletakkan telinga pada belakang telefon.” Hackett selepas itu menulis tweet mengenai perkara tersebut, beberapa pengguna lain turut bercerita tentang masalah yang sama.

Ada yang membuat andaian bunyi itu adalah disebabkan dari pemproses terbaru A10 membantu memanjangkan jangka hayat bateri dan disebabkan itu bunyi desiran itu terjadi. Walaubagaimanapun ia masih belum jelas sama ada generasi terbaru iPhone ini bermasalah.

Menurut Rene Ritchie seorang blogger yang membuat liputan mengenai Apple di iMore, beliau menghabiskan beberapa hari untuk mendengar bunyi itu dan membuat perbandingan dengan model terdahulu seperti iPad dan Macbook. “Kesemua model mengeluarkan bunyi yang sama pada tahap yang berbeza.” tulis Ritchie. ” Tiada apa yang luarbiasa berlaku” jelas beliau.

Hacket memaklumkan perkara tersebut kepada AppleCare. program lanjutan waranti Apple dan syarikat itu berjanji akan menghantar set telefon pintar yang baru.

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY