Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-05T094609.656

Watch Dogs Bakal Direalisasikan Dalam Filem Adaptasi Aksi Langsung

Diterbitkan Julai 5, 2024 oleh Muhd Idham

Semalam, Ubisoft telah menyiarkan satu gambar di halaman media sosial X mereka yang hanya jelas kelihatan di papan filem clapboard tertulis perkataan Watch Dogs dan Mathieu Turi di bawahnya iaitu salah seorang pengarah filem untuk genre ngeri.

https://x.com/Ubisoft/status/1808540050046484836

Dengan berbekalkan maklumat yang sangat sedikit itu, kita boleh membuat jangkaan di mana permainan bersiri Watch Dogs akan terima satu adaptasi filem aksi langsung bagi menampilkan gaya permainan seorang individu yang mempunyai kemahiran menggodam perisian komputer hanya dengan menggunakan telefon pintarnya.

Sudah semestinya, filem tersebut akan diarahkan oleh Mathieu Turi dengan sokongan New Regency tetapi masih belum pasti identiti pelakon utamanya.

Walaupun ubisoft tidak memberikan maklumat terperinci, tetapi kita dah boleh jangka yang filem Watch Dogs bakal hadir ke pawagam.

Ini bukanlah kali pertama permainan ubisoft ke layar perak. Terdahulu, Assassin’s Creed juga telah menerima adaptasi. Namun, filem tersebut mendapat kritikan yang amat ‘pedas’ dalam komuniti gamers.

Selain daripada pengumuman itu, siri permainan Watch Dogs 2: Gold Edition kini dijual pada harga diskaun 90 peratus iaitu RM269 RM26.90 sahaja di Ubisoft.

Screenshot 2024-07-05 101634

Sumber: Kotaku, ubisoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Lebih Senang Buat Fail PDF Guna Aplikasi Google Drive, Ini Caranya
  • Geely Cipta Bateri EV Baharu, Mampu Bertahan Sehingga 1 Juta Km
  • foodpanda, KWSP Kerjasama Bantu Pekerja Gig Buat Caruman Setiap Bulan
  • Promosi Shopee 7.7, vivo X90 Pro Diskaun Hampir 50%

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY