Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Warga Putrajaya Diajak Berbasikal Ke Pejabat, Jika Cuaca Mengizinkan

Warga Putrajaya Diajak Berbasikal Ke Pejabat, Jika Cuaca Mengizinkan

Diterbitkan September 30, 2022 · Dikemas kini September 30, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) mengajak orang ramai khususnya mereka yang tinggal di Putrajaya dan bekerja di Putrajaya untuk berbasikal ke tempat kerja sekiranya cuaca mengizinkan.

Antara tujuan Program Berbasikal ke Pejabat itu adalah sebagai menunjukkan komitmen bersama masyarakat global dalam usaha menangani perubahan iklim.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

KASA menyatakan, selain menerapkan gaya hidup yang sihat dan beriadah, aktiviti berbasikal ke pejabat akan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas, menjimatkan penggunaan bahan api serta menjadi titik tolak ke arah menjadikan Putrajaya sebagai perintis “Bike City in Malaysia”.

Warga Putrajaya Diajak Berbasikal Ke Pejabat, Jika Cuaca Mengizinkan

KASA memaklumkan, Putrajaya dilengkapi dengan kemudahan berbasikal yang terbaik di Malaysia dan secara purata, warga Putrajaya tinggal dalam lingkungan 5km dari tempat kerja di Putrajaya.

Oleh itu, warga Putrajaya dapat membudayakan mobiliti aktif rendah karbon dengan berbasikal ke pejabat dan tempat kerja.

Sumber: KASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY