Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
duit hilang public bank

Wanita Dakwa Hilang ~RM11K Tanpa Terima TAC

Diterbitkan Ogos 22, 2022 · Dikemas kini Ogos 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Seorang pengguna di Facebook dengan nama akaun Natty Lily Elegance mendakwa dia telah kehilangan RM11,668 daripada akaun semasa (current account) Public Bank.

Dua transaksi yang masing-masing lebih RM5 ribu dikeluarkan daripada akaun Ageless Haven Resources ke akaun bank Hong Leong Bank atas nama Mohamed Azri Arbi bin Abdullah dilakukan tanpa TAC.

Lily berkata dia tidak menerima sebarang panggilan mahupun SMS memberitahu kejadian transaksi itu.

May be an image of text that says '26 Jul 2022 DUITNOW TRSF DR No 610927 MOHAMAD AZRI ARBI BIN ABDazri2 -RM 5,834.08 26 Jul 2022 DUITNOW TRSF DR No 582082 MOHAMAD AZRI ARBI BIN ABDazri -RM 5,834.08 A//-L00'

Selepas membuat laporan polis dan ke pihak bank sendiri, dia dinasihatkan untuk menukar kata laluan,  berhenti menggunakan perbankan secara dalam talian (online) dan menggunakan khidmat di kaunter.

Bukan itu sahaja, Lily juga mengadu disoal seperti scammer yang melakukan penipuan pula dan bertanggungjawab memberikan kod TAC.

lily scam public bank 1
lily scam public bank 3
lily scam public bank 2

Menurutnya lagi, Public Bank mengesahkan ia kes penipuan scammer dan telefonnya sudah digodam.

Namun, wang hilang lebih RM11 ribu itu tidak dapat dipulangkan semula akhirnya kerana wang dalam akaun Azri itu sudah dikeluarkan.

Kemudian, sebuah akaun Facebook dengan nama Azri Arbi menghubungi melalui Facebook, mengakui dia ialah pemilik akaun Hong Leong Bank seperti disebut.

May be an image of text that says '13:35 Azri 26m Active 26... saya akan bekerja sama Bagi saya utama skali nama saya kak. Btl. Bersihkan nama Dan org seenar harus di tangkap Kalau boleh akak buat apa2 yg patut sebab saya nampak nama saya tu dah tersebar kat mana' dah. Ok Saya harap akak faham, saya akan turut bekerjasama bantu semua ni untuk akak dan yang penting untuk keluarga saya Aa'

Azri juga telah melakukan laporan polis dan berjanji akan memberikan kerjasama untuk kes ini demi membersihkan namanya. Tegas Azri, dia tidak tahu-menahu tentang transaksi ini.

Menerusi laporan itu, dia berkata sudah tidak menggunakan akaun tersebut dan kad ATM miliknya sudah hilang 2 bulan lalu.

Berkaitan

  • PDRM: SMS Beritahu Duit Masuk TNG eWallet Dengan Pautan Palsu Ialah ‘Scam’
  • Ini Perbezaan Taktik 'Scam' Guna Pancingan Data Phishing, Vishing Dan Smishing
  • BNM: Jangan Padam Mesej Yang Dihantar Oleh 'Scammer'
  • Bersedia, Ini Petua Beli Kad NFC Di TNG eWallet Dengan Jayanya
  • Ini Cara Semak Jika Ada Akses Telefon Lain Pada Akaun CIMB Clicks

Jelas Lily, Public Bank menyalahkannya kerana memberikan TAC manakala Hong Leong pula masih mendiamkan diri.

Kes keldai akaun juga semakin berleluasa sekarang di mana pemilik akaun memberikan akses atau “menyewakannya” kepada pihak ketiga dengan bayaran tertentu.

Kami ingin menasihati agar anda janganlah sesekali berkongsi akaun dengan sesiapapun walaupun dijanjikan bulan dan bintang. Kelak jika berlaku sebarang transaksi, anda akan bertanggungjawab ke atasnya.

Sumber: Lily Natty Elegance

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY