Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Bermula Hari Ini, Boleh Semak Jika Anda Sudah Terima

Wang Deposit Menjadi Satu Keperluan, Dibenarkan Dan Diharuskan Tapi Bersyarat Menggunakannya

Diterbitkan Jun 8, 2022 oleh ariff bukhari

Wang deposit atau wang pendahuluan dibincangkan para ulama dengan menerangkannya sebagai satu bentuk jual beli di mana pembeli membayar sejumlah wang pendahuluan.

Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang yang ini tidak akan dikembalikan kepadanya.

Selain berlaku untuk jual beli, ia juga berlaku untuk akad sewa menyewa atas sebab ia juga merupakan jual beli manfaat.

Jual beli dengan mengenakan wang pendahuluan ini dilihat sudah menjadi suatu keperluan khususnya di zaman sekarang ini sebagai tanda atau bentuk komitmen dalam melakukan perjanjian jual beli.

Ia bertujuan bagi mengelakkan kerugian bagi pihak-pihak yang melakukan transaksi; penjual dan pelanggan.

Dalam hal ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mejelaskan bahawa wang deposit atau wang pendahuluan adalah dibenarkan dan diharuskan.

Wang pendahuluan tersebut dimasukkan sebagai sebahagian daripada jumlah harga apabila bayarannya sudah dilunaskan.

Walaubagaimanapun, Pejabat Mufti menegaskan bahawa menggunakan wang deposit yang dijadikan cagaran tanpa izin penyewa atau pembeli adalah haram dan tidak sah sekiranya penjual atau pemilik rumah tidak mempunyai wang lain yang mencukupi sebagai ganti kepada wang deposit yang telah digunakan itu.

Bermakna, sekiranya pemilik atau penjual mempunyai duit lain yang sama nilainya dengan wang deposit dan bersifat tunai, maka dia boleh menggunakannya.

Ringkasnya, selagi mana pemilik mempunyai duit lain yang sama nilainya dengan wang deposit dan berbentuk tunai sebagai ganti duit deposit yang akan digunakan, maka dibenarkan untuk dia gunakan.

Namun, sekiranya dia tidak mempunyai duit lain yang setara nilainya dengan wang deposit, maka haram menggunakannya tanpa izin penyewa/pembeli.

Bagi pihak pembeli pula Pejabat Mufti  berpandangan, pembeli tidak boleh menuntut semula wang deposit mereka sekiranya pembatalan pembelian atau sewaan itu berpunca daripada penyewa/pembeli dan bukannya daripada kehendak penjual.

Atau wang deposit diletakkan sebagai bukti komitmen berdasarkan kesepakatan bersama.

Pejabat Mufti menjelaskan, wang pendahuluan yang akan menjadi milik penjual merupakan wang ganti rugi atas risiko kerugian yang akan ditanggung oleh penjual seperti mencari penyewa baru bagi mengisi baki masa sebelum kontrak tamat tempoh.

Namun, jika masih terdapat lebihan wang pendahuluan selepas ditolak kerugian sebenar, penjual digalakkan untuk memulangkan kembali lebihan wang kepada penyewa.

Pendekatan ini lebih bersifat adil dan ihsan sesama manusia.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga:

  • Laman Jualan Apple Ditutup Sempena WWDC, Mungkin Ada Produk Baharu Dilancar
  • 9 Peranti Terima Celcom VoWiFi, Panggilan Suara Berkualiti Melalui WiFi
  • Jepun Mencatatkan Rekod Penghantaran Data Melebihi 1 Petabit Per Saat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY