Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Volkswagen 7.7 Sale

Volkswagen Malaysia Lancar Kedai Jualan Rasmi Di Shopee

Diterbitkan Jun 24, 2020 oleh Amalina Athman

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mengumumkan pelancaran kedai jualan rasmi di Shopee. Bersempena dengan jualan pertengahan tahun 7.7, Volkswagen turut menawarkan promosi istimewa bagi tempahan kereta melalui Shopee bermula 23 Jun hingga 7 Julai 2020.

Hanya RM199 yang diperlukan untuk membuat tempahan kereta dan anda akan menerima ganjaran dari RM4,279 hingga RM14,819 bergantung kepada jenis model. Antara model kenderaan tersebut termasuk Golf R-Line, Glof GTI, Tiguan, Passat, Vento dan sebagainya.

Volkswagen Malaysia Lancar Kedai Jualan Rasmi Di Shopee

Syarikat itu tidak menyatakan ganjaran sebenar yang akan diterima, namun ia termasuk penghantaran percuma dengan radius 20km dari pengedar yang dipilih, pakej sanitasi kenderaan bernilai RM150 serta LEGO campervan Volkswagen bernilai RM499. Namun, LEGO campervan VW hanya terhad kepada 10 unit untuk pembelian terawal sahaja.

Untuk membuat tempahan kereta Volkswagen, layari Shopee di https://invol.co/clpiwa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY