Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Y50 Dengan Varian 6GB RAM Akan Dilancarkan Dengan Harga RM799 Pada 12 Jun Ini

vivo Y50 Dengan Varian 6GB RAM Akan Dilancarkan Dengan Harga RM799 Pada 12 Jun Ini

Diterbitkan Jun 10, 2020 ยท Dikemas kini Jun 10, 2020 oleh Amalina Athman

vivo bakal melancarkan versi baru vivo Y50 secara eksklusif melalui Lazada pada 12 Jun ini. Bersempena dengan itu, variasi ini akan ditawarkan pada harga promosi RM799 berbanding harga asal RM999. Promosi hanya berjalan satu hari sahaja di Lazada.

vivo y50 malaysia

Menurut vivo, model ini hanya akan tersedia dalam kuantiti yang terhad di Lazada untuk tempoh dua minggu. Berdasarkan spesifikasi, model vivo Y50 dengan 6GB RAM dan simpanan 128GB merupakan varian kedua bagi model sedia ada.

Terdahulu, vivo Y50 telah diperkenalkan dengan 8GB RAM dan 128GB simpanan. Sama seperti varian pertama, vivo Y50 dijana cip pemprosesan Snapdragon 665. Dengan paparan skrin IPS LCD 6.53 inci, vivo Y50 dilengkapkan dengan rekaan kamera selfie 16MP berlubang dipanggil skrin Ultra O.

Selain itu, vivo Y50 turut hadir dengan dua pilihan warna iaitu Starry Black dan Iris Blue.

Beli vivo Y50 pada harga promosi di:

Lazada (https://invol.co/clovom).

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY