vivo Y36 5G Rasmi - Bateri 5,000mAh, IP54 Pada Harga RM1099

vivo telah melancarkan peranti 5G mampu milik terbaru mereka untuk kelas pertengahan - vivo Y36 5G. Selain iQOO Z7x, peranti ini adalah antara pilihan peranti 5G mampu milik yang terbaik untuk anda pertimbangkan.


Spesifikasi Penuh vivo Y36 5G.


vivo Y36 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6020 (7nm), memori RAM 8GB + 8GB dan storan berkapasiti 256GB. Peranti ini disokongkan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas FlashCharge 44W.

Untuk kamera, vivo Y36 5G menggunakan tetapan 2 kamera - 50MP utama f/1.8, 2MP bokeh f/2.4 dan 16MP swafoto f/2.45. Y36 5G menggunakan Funtouch OS 13 yang berasaskan Android 13.

Peranti ini dilengkapi skrin IPS LCD 6.64" yang menyokong kadar segar semula 60Hz dan kadar kecerahan 650 nits. Y35 5G menawarkan 2 pilihan warna kepada anda - Mystic Black dan Crystal Green.



Antara ciri-ciri menarik peranti ini adalah sokongan Hi-Res Audio, penarafan kalis habuk dan air IP54, sokong ketersambungan 5G dan NFC.

Harga & Ketersediaan


vivo Y36 5G dijual pada tanda harga RM1,099 dan anda boleh membeli peranti ini di stor rasmi vivo melalui pautan di bawah:

Stor vivo di Shopee: https://invl.io/clivxhr

Stor vivo di Lazada: https://invol.co/clivxil

Untuk pengetahuan anda, bermula hari ini hingga 16 Julai depan, anda yang membeli vivo Y36 5G boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai RM298 - termasuk TWS, jaminan lanjutan selama 1 tahun.

Tambahan lagi, pelanggan yang menerima SMS daripada kedai konsep vivo berhak mendapatkan perlindungan skrin selama 1 tahun.

Anda boleh merujuk laman rasmi vivo Malaysia ini untuk maklumat lanjut.

{suggest}