Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BM Go Shop Macam Macam Ada

Diskaun Sehingga 44% Dengan Go Shop ‘Macam-Macam Ada’

Diterbitkan Jun 13, 2023 oleh ariff bukhari

Platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia, Go Shop kembali dengan kempen popular mereka, ‘Macam-Macam Ada’ dalam bulan bulan ini.

Sepanjang kempen ini, anda akan menikmati tawaran-tawaran terhebat merentasi pelbagai kategori seperti elektronik digital, barangan rumah, peralatan dapur serta makanan dan barangan runcit.

Para pelanggan boleh menikmati diskaun RM12 apabila mereka menggunakan kod MMA12 (perbelanjaan minimum RM150) dan RM35 dengan kod MMA35 (perbelanjaan minimum RM350) dengan penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia. 

Malah pelanggan Go Shop juga boleh membeli barangan-barangan berikut dengan harga diskaun sehingga 44%:

  • Tambah stok pantri anda dengan: Pek Berkembar Julie’s Love Letters, Kolagen Diamond Kinohimitsu, Sarang Burung FG Walet’s, Multivit & Mineral Vitahealth, Kombo Pes Raya Chef Ustazah dan banyak lagi.
  • Keperluan Alat Dapur: Set pisau Profine, Set kutleri keluli tahan karat Felli, Kuali besi halus Vantage, Set Teko Rosabelle Corelle, Kuali Non Stick 28cm MY.HOME STYLE, Penggoreng Udara 3.8L Russell Taylors dan banyak lagi.
  • Alatan dan Perkakas Rumah: Pembersih Vakum Robotik 2 dalam 1 Samu Giken, Pengadun Pendiri 4.2L Elba, Pengisar Memasak Pintar Primada dan banyak lagi. 
  • Elektronik Digital Terkini: Samsung Galaxy Z Flip4, Papan Kekunci Apple, Oppo Pad Air, Pengecas Pantas Kabel 6A Type-C VIVO (80W), Powerbank Pineng, pembersih vakum Mi dan banyak lagi.

 

Pelanggan Go Shop juga boleh menambah perlindungan waranti untuk produk terpilih sehingga 3 tahun dengan Waranti Gantian Plus 1 Go Shop.

Selain itu, para pelanggan yang berbelanja RM200 dan ke atas dalam satu pesanan layak mendapat tambahan RM5 Go Points untuk digunakan dalam pembelian seterusnya (sah untuk sebulan).

BM Go Shop Macam Macam Ada-2

Untuk mengetahui lebih banyak tawaran yang menarik melalui Go Shop di Astro, anda boleh menonton Saluran 118 dan Saluran 111 dalam Bahasa Malaysia, dan Saluran 303 dalam Bahasa Mandarin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop menerusi Google Play dan App Store.

Berkaitan

  • (Ulasan) Samsung HW-Q800C - 'Soundbar' Yang Bawa Panggung Ke Ruang Tamu
  • Mendadak, Netflix AS Catat Peningkatan Pengguna Selepas Terhadkan Perkongsian Akaun
  • Promosi Pertengahan Tahun Asus, Diskaun Harga Hingga RM1,000

Sumber: Siaran Media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY