Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Note 30 VIP

Infinix Note 30 VIP – Tawar Sistem Penyejukan Cecair, Harga ‘Midrange’

Diterbitkan Jun 13, 2023 · Dikemas kini Jun 13, 2023 oleh Firdaus

Selepas merasmikan siri Note 30 sebelum ini, Infinix sekali lagi melancarkan kemasukan baharu dalam siri tersebut – Infinix Note 30 VIP.

Untuk pengetahuan anda, Note 30 VIP adalah peranti siri Note 30 yang paling berkuasa berdasarkan spesifikasi yang dimilikinya.

Spesifikasi Penuh Infinix Note 30 VIP

Infinix Note 30 VIP dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8050 5G 6nm, memori RAM 9GB + 12GB dan storan berkapasiti 256GB.

Infinix Note 30 VIP

Peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 6.67″ beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, 360Hz touch sampling rate dan kadar kecerahan 900 nits.

Untuk kamera, peranti ini mempunyai tetapan kamera – 108MP utama, dua sensor 2MP dan 32MP swafoto. Note 30 VIP menggunakan XOS 13 yang berasaskan Android 13.

Sistem Bateri Yang Maju Dalam Kelasnya

harga infinix note 30 malaysia
Infinix Note 30 Pro

Sama seperti Note 30 Pro, peranti ini mempunyai pelbagai ciri menarik yang telah dipertingkatkan dalam sistemnya.

Note 30 VIP disokongkan bateri sebesar 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 68W, pengecasan wayarles 50W, pengecasan berbalik dan Bypass Charging PD 3.0 Agreement (pengecasan pintasan).

Ciri-Ciri Menarik Pada Infinix Note 30 VIP

Untuk pengetahuan anda, peranti ini mempunyai sistem penyejukan cecair 2,890mm² vapor chamber terbina di dalamnya.

Note 30 VIP

Sistem pengecasan pintasannya akan memintas bateri dan menyalurkan arus kuasa secara terus kepada papan induknya ketika ciri itu diaktifkan. Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan penghasilan haba ketika bermain games.

Tidak seperti Note 30 Pro, peranti ini sudah menyokong ketersambungan 5G dengan cip yang digunakannya, dan tidak lupa juga menyokong ciri NFC.

Di samping itu, Note 30 VIP mempunyai pembesar suara stereo yang telah ditala oleh JBL dan menyokong Hi-Res Audio, dan mempunyai perlindungan IP53 tahan habuk dan air.

Harga dan Ketersediaan

Note 30 VIP

Infinix Note 30 VIP akan tersedia dalam 2 pilihan warna – Magic Black dan Glacier Blue. Peranti ini dijual pada tanda harga USD299 (~RM1379.59).

Setakat ini, peranti ini baharu sahaja dilancarkan untuk pasaran global dan belum diketahui lagi sama ada peranti ini akan dilancarkan untuk pasaran tempatan atau tidak.

Berkaitan

  • vivo Y36 5G Rasmi - Bateri 5,000mAh, IP54 Pada Harga RM1099
  • Diskaun Sehingga 44% Dengan Go Shop ‘Macam-Macam Ada’
  • Apple "Vision Pro" Mungkin Perlu Dijenama Semula Untuk Pasaran China
  • Laporan: Skrin Z Flip5 Sebesar 3.4 Inci, Sokong Aplikasi Google Seperti Maps, YouTube
  • E-Tunai Belia, Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Akan Dikreditkan Bulan Ini - PM

Sumber: GSMArena 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY