Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

vivo X100s Dan X100s Pro Juga Dilancar, Cip Dimensity 9300+, Cas 100W

Posted on Mei 14, 2024

Seiring dengan pelancaran model Ultra, vivo juga telah melancarkan dua lagi model iaitu X100s dan X100s Pro yang boleh dikategorikan dalam peranti X100 yang mampu milik.

vivo X100s
vivo X100s Pro

Kedua-dua model ini menggunakan cip pemprosesan yang sama iaitu Dimensity 9300+ serta disokong oleh kad grafik Immortalis-G720, memori LPDDR5X dan storan UFS 4.0.

Untuk skrin juga adalah sama, jenis AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 2800 x 1260 dan kadar segar semula 120Hz.

Kamera untuk dua model ini pula sama dari sudut utama 50MP, ultra lebar 50MP dan swafoto 32MP.

Perbezaannya terletak pada kamera telefoto yang mana X100s menggunakan super telefoto 50MP manakala X100s Pro, telefoto APO 64MP.

Berbeza pula untuk bateri, X100s hadir dengan kapasiti 5,100mAh dan pengecasan pantas 100W manakala X100s Pro mempunyai kapasiti 5,400mAh serta ditambah kaedah pengecasan wayarles 50W.

Untuk model vivo X100s dan X100s Pro, ini hadir dengan beberapa varian untuk pasaran China seperti di bawah.

vivo X100s

  • 12GB + 256GB = CNY3,999 (~RM2,607.74)
  • 16GB + 256GB = CNY4,399 (~RM2,868.58)
  • 16GB + 512GB = CNY4,699 (~RM3,064.39)
  • 16GB + 1TB = CNY5,199 (~RM3,390.46)

vivo X100s Pro

  • 12GB + 256GB = CNY4,999 (~RM3,260.15)
  • 16GB + 512GB = CNY5,599 (~RM3,651.54)
  • 16GB + 1TB = CNY6,199 (~RM4,042.84)

Beli produk vivo di:

Shopee – https://invl.io/clkoycq

Lazada – https://invol.co/clkoycw

{suggest}

Sumber: vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress