Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-14T174019.641

vivo X100 Ultra Kini Dilancar Dengan Kamera Telefoto 200MP

Diterbitkan Mei 14, 2024 ยท Dikemas kini Mei 14, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, model berkuasa untuk siri vivo X100 telah dilancarkan secara rasmi di pasaran China dengan kelengkapan kamera telefoto periskop 200MP daripada ZEISS, iaitu vivo X100 Ultra.

vivo X100 Ultra Kini Dilancar Dengan Kamera Telefoto 200MP

Spesifikasinya bermula dengan penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3 (3.3 GHz) serta kad grafik Adreno 750, memori LPDDR5X dan storan UFS 4.0.

Jenis paparan pula adalah AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 3200 x 1440 dan kadar segar semula 120Hz.

Untuk kamera, telefon ini menggunakan teknologi kamera ZEISS yang terdiri daripada lensa utama 50MP, telefoto 200MP, ultra lebar 50MP dan swafoto 50MP.

Baterinya pula hadir dengan kapasiti 5,500mAh dan pengecasan berwayar 80W, wayarles 30W.

Lain-lain ciri adalah rangkaian 5G, dwi-slot kad SIM, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, USB-C 3.2 Gen 1 dan NFC.

Model vivo X100 Ultra ini hadir dengan tiga varian pada jangkaan harga yang berbeza seperti di bawah.

  • 12GB + 256GB = CNY6,499 (~RM4,237.70)
  • 16GB + 512GB = CNY7,299 (~RM4,759.26)
  • 16GB + 1TB = CNY7,999 (~RM5,215.70)

Ketersediaan peranti ini di pasaran Malaysia belum diketahui lagi tapi kami menjangkakan ia tidak dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Beli produk vivo di:

Shopee – https://invl.io/clkoycq

Lazada – https://invol.co/clkoycw

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Apple Dan Google Bekerjasama Hentikan Peranti Bluetooth Daripada Menjejaki Anda
  • EV SUV Coupe smart #3 Akan Dipertontonkan Kepada Umum Di 'Malaysia Autoshow 2024'
  • Siri POCO F6 Akan Dilancar Secara Rasmi 23 Mei Depan

Sumber: vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY