Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X Fold5

vivo X Fold5 Rasmi, Telefon Lipat Dengan Kamera ZEISS Berharga RM6,999

Diterbitkan Julai 29, 2025 · Dikemas kini Julai 29, 2025 oleh ariff bukhari

Sebentar tadi, vivo secara rasminya melancarkan model terbaru telefon pintar lipat vivo X Fold5.

Peranti ni padat dengan teknologi seperti bateri 6000mAh, tetapan kamera 50MP dengan lensa ZEISS dan telefoto berkeupayaan sehingga 100 kali zum serta ciri AI.

Tetapi apa yang lebih menarik adalah vivo XFold5 hadir dalam rekaan premium dan nipis yang menjadikannya antara telefon pintar lipat ternipis di pasaran yang turut dilengkapi hinge daripada gentian karbon.

vivo x200 8
vivo X Fold5 menjadikan anda lebih cekap, lebih fokus dan lebih efisien mengurus kerja harian dalam saiz kompak 8.03 inci.

Selain itu ciri multi tugas Origin Workbench yang diperkenalkan menjadi daya penarik kepada mereka yang mahukan sebuah peranti berkuasa yang mampu mengendalikan pelbagai tugas serentak dengan lancar.

Untuk pasaran Malaysia, vivo X Fold5 tersedia dalam satu varian sahaja yang dipacu Snapdragon 8 Gen 3 dan dipadankan bersama RAM16GB + storan 512GB serta dalam pilihan warna Putih dan Kelabu, pada harga RM6,999.

vivo X Fold5

vivo X Fold5 kini tersedia di beli dari stor rasmi di:
  • Shopee – https://invl.me/clmurp1
  • Lazada – https://invl.me/clmurox

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Hati-Hati Berbual Dengan ChatGPT, Kandungan Boleh Jadi Bukti Mahkamah
  • Gambar Terbaharu Ini Kuatkan Teori Rekaan iPhone 17

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
©2026 WISER.MY