Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo pad

vivo Pad, Tablet Sulung Dari vivo Tampil Dengan Snapdragon 870, Harga Bawah RM2000

Diterbitkan April 12, 2022 · Dikemas kini April 12, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam acara pelancaran semalam, vivo turut melancarkan tablet sulung mereka yang diberi nama vivo Pad.

Dengan skrin 11 inci bernisbah 16:10, ia membawakan resolusi 2.5K (2560 x 1600), kadar segar 120Hz, sokongan HDR1, gamut warna P3 dan ciri Dolby Vision.

vivo Pad, Tablet Sulung Dari vivo Tampil Dengan Snapdragon 870, Harga Bawah RM2000

vivo telah memilih cip Snapdragon 870 sebagai ‘enjin’ peranti ini dengan RAM sebesar 8GB. Lengkap dengan Memory Fusion 2.0, maka pengguna boleh menggunakan sebanyak 4GB daripada storan untuk dijadikan RAM tambahan.

Vivo Pad press image

Tablet ini dikuasakan bateri 8040mAh dengan pengecasan pantas 44W selain tampil dengan antara muka dinamakan originOS dibina khas untuk tablet.

vivo Pad, Tablet Sulung Dari vivo Tampil Dengan Snapdragon 870, Harga Bawah RM2000

vivo Pad ini juga dilancarkan bersama papan kekunci dan stylus, vivo Pen. Kamera pada panel belakangnya pula terdiri daripada dua lensa, 13MP dan 8MP manakala 8MP bersama sensor TOF untuk swafoto.

Di China, ia dijual pada harga RMB2,499 (~RM1660) untuk varian 8GB+128GB manakala RMB2,999 (~RM1994) untuk varian 8GB+256GB.

Namun, tidak dapat disahkan bila ia akan tersedia untuk pasaran Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar vivo

Baca juga:

  • Ini Sebab Mengapa Anda Perlu ‘Restart’ Telefon Setiap Minggu
  • Rasmi – Telefon Boleh Lipat Pertama vivo, X Fold Dan X Note Dijana 8 Gen 1, RAM 12GB
  • ePemula: Sah, Anda Tidak Boleh ‘Top-Up’ ShopeePay Di 7-Eleven Atau Beli Barang Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY