Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Pad Air

vivo Pad Air Rasmi, Dikuasakan Snapdragon 870 Dan Skrin 144Hz

Diterbitkan Ogos 28, 2023 · Dikemas kini Ogos 28, 2023 oleh Firdaus

Kemasukan baharu dalam pasaran tablet, vivo Pad Air telah dilancarkan dan antara pilihan peranti mampu milik untuk dipertimbangkan.

vivo Pad Air

vivo Pad Air dikuasakan cip Snapdragon 870, pilihan memori 8GB/12GB dan storan hingga 512GB untuk dipilih. Selain itu, tablet ini menawarkan skrin IPS LCD berukuran 11.5″dengan resolusi 1840 x 2800p dan menyokong kadar segar semula 144Hz.

Ia juga dilengkapi sensor kamera 5MP swafoto dan 8MP kamera utama, menjalankan sistem operasi OriginOS 3 berasaskan Android 13. Tidak lupa juga vivo Pad Air memberikan bateri berkapasiti 8,500mAh dengan pengecasan 44W.

vivo Pad Air
vivo Pad Air
vivo Pad Air

Tambahan lagi, tablet ini menyokong penggunaan stylus melalui vivo Pencil2 di mana ia dijual berasingan dan hadir dalam 3 pilihan warna – Brave Powder, Free Blue dan Easy Silver.

Harga & Ketersediaan

Tablet vivo Pad Air hadir dalam 2 variasi – 8GB / 128GB yang dijual pada harga CNY1,799 (~RM1,149.00) dan 12GB / 512GB dijual pada harga CNY2,599 (~RM1,659.00).

Berkaitan

  • ASUS Zenfone 10 Mungkin Model Terakhir Dalam Siri Zenfone
  • Pekerja Boleh Dibuang Jika Hina Rakan, Ketua Dalam 'Group' WhatsApp - Mahkamah Jerman
  • Mudahkan Pengguna Rancang Perjalanan, KTMB Perkenal Konsep Baharu Jualan Tiket ETS
  • Tampil Dengan Kelainan, TM Hasilkan Muzik Video Janaan AI

Buat masa sekarang, peranti ini dilancarkan untuk pasaran China terlebih dahulu, status kehadirannya ke pasaran Malaysia masih belum diketahui lagi.

Beli Peranti vivo di Shopee: https://invl.io/cljnprc

Beli Peranti vivo di Lazada: https://invol.co/cljnprh

Sumber: vivo 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Pegang Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ke-3 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
  • 40 Satelit Internet Amazon Musnah Selepas Pelancaran Roket Gagal
  • Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
©2026 WISER.MY