Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Malaysia Bakal Bawa Masuk Telefon 5G Baru

vivo Malaysia Bakal Bawa Masuk Telefon 5G Baru

Diterbitkan Disember 1, 2021 · Dikemas kini Disember 1, 2021 oleh Helmi Samsuri

Tahun 2021 hanya berbaki kurang sebulan tapi nampaknya vivo tak nak bertangguh lagi untuk mengumumkan kedatangan model baru untuk pasaran tempatan.

Berdasarkan kemaskini di laman web rasmi vivo Malaysia, model yang bakal masuk ke Malaysia tidak lama lagi adalah vivo V23e. Ia bakal dilancarkan sekitar pertengahan minggu hadapan.

Apa yang anda perlu tahu, model ini dah pun dilancarkan di negara jiran kita seperti Vietnam dan Thailand. Dari spesifikasi, vivo V23e akan beri anda skrin paparan 6.44 inci FHD+ dari jenis AMOLED yang tersangkut pada kadar segar semula 60Hz. Walaupun dah nak masuk 2022,  rekaan takuk dikekalkan dan diisi dengan kamera hadapan 50MP.

vivo v23e

Menjana dari dalam adalah cip MediaTek Helio G96, dengan padanan memori RAM 8GB serta storan 128GB. Satu saja pilihan memori. Selain itu, ia turut dibekalkan dengan bateri 4050mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.

Tetapan kamera belakang menampilkan 64MP kamera utama, 8MP kamera ultra lebar, dan 2MP super makro. Lain-lain maklumat seperti harga jualan, bila ia dijual, mana ia dijual, kita tunggu minggu depan.

Baca juga:

  • Ini Mungkin Laptop Yang Anda Cari, Sesuai Untuk Diusung Ke Pejabat Atau Kuliah
  • Bagaimana Nak Dapat Telefon Percuma Dan Duit RM500! Internet Tanpa Had U Mobile GX68
  • Snapdragon 8 Gen 1 Diperkenal, Cip 4nm Lagi Padu Daripada Snapdragon 888

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY