Vivo Keluarkan Edisi Colourway Pink Untuk Model V15

Vivo malaysia telah mengeluarkan satu lagi edisi berwarna bagi model V15 menerusi pengumuman di Facebook mereka, dikenali sebagai Blossom Pink.



Sebelum ini mereka telah mengeluarkan edisi istimewa bagi model V11i ,"Fairy Pink" yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat.

Peranti ini dilengkapi dengan kamera hadapan 32-megapiksel yang akan memberikan pengalaman bagus terutama jika ingin mengambil gambar swafoto, sementara paparan Ultra Fullview memaparkan pemandangan yang lebih luas dan perspektif.

Ia didatangkan bersama kapasiti 6GB RAM dan 128GB storan, menjanjikan pengalaman prestasi yang tiada gangguan. Melalui kamera hadapan terangkat yang berspesifikasi 8-megapiksel AI Super Wide-Angle, 5-megapiksel depth kamera, ia berupaya membantu anda untuk menangkap gambar yang cantik. Model ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Bagaimanapun, butiran penuh seperti harga perlu ditunggu pada tarikh pelancaran yang akan diberitahu nanti.

Untuk lebih informasi tentang edisi baru V15 Blossom Pink Edition, layari: https://www.facebook.com/VivoMalaysia