Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Dimensity

vivo Dikhabarkan Terlibat Dalam Penghasilan Cip MediaTek Dimensity 9400

Diterbitkan November 22, 2023 oleh Amal Addin

vivo telah muncul sebagai pemain utama dalam pembangunan cip andalan MediaTek. Syarikat tersebut turut dikhabarkan bergiat aktif dalam membangunkan cip Dimensity 9400.

Pengaruh besar vivo dalam MediaTek membolehkannya terus mendapat akses untuk menggunakan cip yang terkini daripada MediaTek dalam produknya.

Kerjasama antara vivo dengan MediaTek tertumpu pada APU pemproses AI kelas andalan MediaTek dan platform pembangunan AI NeuroPilot. Teknologi ini mampu meningkatkan kecekapan operasi model AI pada peranti.

Selain itu, ia juga dapat memberikan pengalaman AI yang berkuasa dan cekap. Sebagai contoh, siri vivo X100 mendapat manfaat yang besar daripada teknologi ini sekali gus menjadikan sebagai peneraju dalam model AI pada peranti.

Kerjasama itu telah menguntungkan kedua belah pihak yang mana siri vivo X90 menjadi peranti pintar pertama di dunia yang menggunakan cip Dimensity 9200 dan ia diteruskan dengan siri X100 yang pertama menggunakan cip Dimensity 9300.

Cip kelas pertengahan iaitu Dimensity 8200 juga telah dilancarkan di seluruh dunia melalui jenama IQOO vivo dengan model iQOO Neo 7 SE.

Berkaitan

  • Siapa Sangka vivo Pegang Pasaran Telefon Pintar Di China
  • vivo Hadir Dengan Cara Unik Dalam Mempromosi Semporna Sabah
  • MediaTek Umum Dimensity 9300, Ini Yang Perlu Diketahui
  • MediaTek Perkenal Dimensity 8300 - Keupayaan AI Generatif, Lebih Cekap Tenaga
  • Selepas Nothing Chats, Sunbird Turut Tutup Sementara Aplikasi iMessage Versi Android

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY