Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo vision

vivo Dijangka Lancar VR Menyerupai Apple Vision Pro Tahun Ini

Diterbitkan Ogos 12, 2025 · Dikemas kini Ogos 12, 2025 oleh ariff bukhari

vivo mengumumkan pada akhir tahun lalu bahawa mereka akan melancarkan set kepala realiti campuran (MR) baharu yang dikenali sebagai vivo Vision.

Peranti ini disahkan akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini, seperti yang diumumkan dalam pelancaran telefon pintar vivo X200 Ultra pada April lalu.

Menurut gambar yang dikongsi pada 9 Ogos oleh blogger @向往草原的牛马啊 , pengacara CCTV, Zhu Guangquan telah lebih awal mencuba vivo Vision ini di pusat pengalaman realiti campuran vivo.

vivo Dijangka Lancar VR Menyerupai Apple Vision Pro Tahun Ini

Poster promosi peranti ini memaparkan slogan “mudah terpesona” dan label “Edisi Eksplorasi” turut kelihatan.

Daripada imej yang dikongsikan itu, reka bentuk vivo Vision adalah hampir menyerupai set kepala VR Apple Vision Pro.

Pada bahagian panel hadapan vivo Vision dilengkapi dengan kamera, menyokong ciri kawalan dua jari dan menggunakan kabel untuk sambungan kepada bateri luaran.

vivo Vision VR
Set VR vivo Vision ini pernah dipamerkan pada Forum Boao Asia pada Mac tahun ini.

Blogger tersebut menyatakan bahawa peranti ini telah dibuka untuk ujian dalaman pekerja dan berkemungkinan akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • vivo X Fold5 Rasmi, Telefon Lipat Dengan Kamera ZEISS Berharga RM6,999
  • (Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China

Sumber:  IT Home

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY