Vivo Bakal Memperkenalkan Siri S?

Vivo telah membuat kejutan apabila telah mendedahkan visual belakang sebuah peranti terbaru syarikat berkenaan. Menurut Vivo, ia merupakan telefon pintar terbarunya yang dinamakan siri Vivo S yang dilihat dilengkapi dengan Triple AI Camera yang hampir sama dengan siri V15 dan siri Y17 yang terkini.



Triple AI Camera merupakan trend terbaru untuk telefon pintar masakini, dan Vivo S ini dilihat dilengkapi dengan kamera utama bersaiz besar, kamera Super Wide-Angle dan Depth Sensor Camera. Jika dilihat pada peranti yang terdahulu seperti Vivo V15 Pro dilengkapi dengan kamera utama 48 Juta Quad Pixel Sensor, kamera 8MP AI Super Wide-Angle dan 5MP Depth Sensor Camera, manakala bagi Vivo Y17 pula, mempunyai Kamera Utama 13MP, 8MP AI Super Wide-Angle Camera dan Depth Sensor Camera 2MP. Berkemungkinan Vivo S ini akan menawarkan salah satu fungsi kamera bagi kedua-dua peranti tersebut.

Sementara itu, visual menunjukkan pengimbas cap jari di belakang peranti, yang menunjukkan bahawa Vivo S ini dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam Paparan. Ia merupakan suatu pencapaian yang terbaik yang perlukan kesinambungan setelah Vivo telah dianugerahkan salah satu "Inovasi Terbaik untuk Telefon Android pada 2018" oleh Android Authority.


Gambar di atas menunjukkan dua pilihan warna bagi peranti ini iaitu Diamond Black dan Skyline Blue.