VIPSHOP Kini Di Malaysia, Beli Barangan Mewah Dan Premium Pada Harga Lebih Murah

VIPSHOP yang dikenali sebagai peruncit dalam talian yang terkemuka di China telah melebarkan sayapnya di Malaysia.

Kedatangan mereka bertujuan untuk mengubah konsep beli-belah dan mewujudkan semula pembelian barangan mewah di Malaysia melalui pelancaran aplikasi beli-belah VIPSHOP sendiri yang membawa masuk ratusan jenama premium.

Misi mereka adalah untuk membawa barangan dari jenama yang premium seperti Coach, Michael Kors, Adidas, Puma, Skechers, Lancome dan lain-lain pada harga yang rakyat Malaysia inginkan; seiring dengan kemudahan yang terbaik.

VIPSHOP bersedia untuk menawarkan 100% barangan mewah tulen pada diskaun yang berbaloi sebanyak 70%. Ditambah pula dengan penghantaran percuma berserta polisi pemulangan dalam masa 15 hari tanpa sebarang kerumitan.

Selain daripada jenama premium yang sudah popular, memperkenalkan "C-Wave" atau gelombang China dengan membawa masuk barangan jenama China yang diiktiraf antarabangsa seperti ColorKey, Bananain dan ANTA.



Untuk pengetahuan, VIPSHOP akan menawarkan promosi pada 17 hingga 31 Oktober 2023 yang menawarkan tawaran harian dengan diskaun sebanyak 70%, penghantaran percuma dan baucar beli-belah bernilai RM50 dalam tempoh tersebut.

Aplikasi VIPSHOP kini telah tersedia di Google Play Store dan Apple App Store. Anda juga boleh menggunakannya menerusi pelayar web di SINI.

{suggest}

Sumber: Siaran Media VIPSHOP

Berkaitan